Download, ISU ICT, ISU SEMASA

Info Frogvle YBA6402

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua….

Semoga anda semua sihat dan dilindungi Allah Taala selalu. Hari ini saya ingin berkongsi tentang Frogvle yang agak baru bagi kita tapi tidak bagi yang telah menggunakannya.

Satu daripada sepuluh aduan yang sering diterima tentang pelajar ialah mengenai sikap mereka yang kurang memberi perhatian ketika berlangsungnya proses pembelajaran dan pengajaran. Semakin ramai pelajar dilihat mula hilang minat untuk berada di sekolah, selain meminggirkan diri daripada guru-guru dan pelajaran. Antara punca berlakunya masalah ini ialah bilangan pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah kelas, bantuan berfokus kepada individu yang terhad dan teknik pengajaran guru yang kurang berkesan. Segelintir guru pula mengadu yang mereka juga sukar mendekati pelajar. Pada pandangan anda, apakah punca
sebenar kepada masalah ini?

Alat-alat komunikasi yang digunakan oleh para guru dan pelajar juga mungkin berbeza. Oleh itu, adalah penting untuk guru-guru melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan cara-cara berkomunikasi terkini yang digunakan oleh pelajar mereka. Tekankan tentang keperluan untuk berubah.Tetapi perubahan tidak perlu jika tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi.

Mengurangkan jurang perbezaan di kalangan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia. Projek ini adalah penyelesaian bersepadu yang membolehkan fungsi pengajaran dan pembelajaran,kolaborasi dan pentadbiran dilakukan menerusi sistem Persekitaran Pembelajaran Maya yang berasaskan pengkomputeran awan (cloud). Projek ini melibatkan 10,000 buah sekolah di seluruh negara dan mereka yang terlibat akan diberikan sambungan 4G tanpa wayar dan Frog VLE.

Frog VLE adalah sejenis VLE yang dipilih untuk pelaksanaan projek 1BestariNet. Frog VLE berfungsi sebagai komuniti pembelajaran untuk warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai Frog VLE adalah sistem pembelajaran yang berasaskan jaringan dan menyerupai pembelajaran dunia sebenar, tetapi menggabungkan konsep pendidikan konvensional dan kaedah maya.

Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan memeriksa tugasan secara maya, sementara pelajar pula dapat menghantar tugasan dan menyemak markah mereka menerusi VLE.
Para guru dan pelajar turut boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang dikemaskini oleh pentadbir sekolah.

Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan akan dapat dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa kerana Frog VLE adalah berasaskan pengkomputeran awan (cloud). Dengan ini, proses pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja, sama ada di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

 

Saja nak cuba……Sila layari

http://YBA6402.1bestarinet.net

Pastikan anda mendapat YES ID terlebih dahulu ya….baru boleh mula akses….

Sila masukkan YES ID dan PASSWORD

frogvle

Sila dapatkan ID dan Password anda daripada Admin (MSH) dan Cikgu Raemah .

Sekian Harap Maklum.

Terima kasih.