Uncategorized

Terima Kunjungan dan Lawatan Penanda Aras TS25 Sahabat2 Daripada SMK Semop Daro

Tarikh : 8 Oktober 2020

Terima Kasih Atas Kunjungan… Lain masa datanglah lagi ye…Apa yg kurang harap dimaafi.. Seiring kita hampiri bintang…Teruskan perjuangan dan kebersamaan kita. Kerjasama memudahkan bicara…

Uncategorized

Program 3A# – Guru Penyayang

  1. 0      PENDAHULUAN

Amalan Guru Penyayang merupakan satu amalan menyayangi,mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern)  terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat,berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid.

2.0       MATLAMAT                           :

            Mewujudkan amalan budaya penyayang, berterima kasih dan kasih sayang   sesama warga sekolah

3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT    :          Januari hingga November 2020

4.0       SASARAN                              :           Semua warga sekolah

5.0       OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

           2.1 Memupuk sikap seronok ke sekolah dengan adanya aktiviti amalan guru penyayang kerana murid rasa dihargai dan disayangi .

            2.2 Membudayakan amalan guru penyayang dalam kepelbagaian hubungan antara murid dan guru